fbpx

Nita Yusof

Category: Artikel

Hibah Dengan Takaful – Macam Mana Nak Buat?

Baru-baru ini mungkin sering anda dengar mengenai hibah. Tapi tahukah anda yang sekarang ini yang kita boleh buat hibah dengan takaful? Melalui hibah takaful ini, ianya menjadi lebih mudah. Ada yang masih tak tau hibah tu apa tak? Jika anda tak tahu atau masih kurang jelas mengenai hibah, sila layari laman apa itu hibah. Saya [...]

Masalah pusaka umat Islam semakin kronik, membarah

SAYA telah bekerja membantu umat Islam menyelesaikan isu pusaka dan  perancangan harta pusaka mereka masuk tahun yang ke-20. Saya mendapati masalah pusaka yang melanda umat Islam hari ini semakin lama semakin kronik dan membarah. Ini dibuktikan oleh peningkatan nilai harta pusaka yang tertunggak sehingga RM 60 bilion seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri kementerian yang berkenaan [...]

Apa itu insurans, takaful?

INSURANS adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda. Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan [...]

Perebutan harta antara adik-beradik

DALAM kematian yang melibatkan ibu atau bapa, pertikaian akan berlaku antara adik-beradik berkaitan harta peninggalan ibu bapa jika ada kekeliruan berkaitan harta tersebut. Pada asasnya, jika harta tersebut tidak ditentukan penerimanya atau dalam erti kata lain tidak dihibahkan, maka adalah menjadi kewajipan adik-beradik atau waris-waris lain untuk mengikuti ketetapan pembahagian sebagaimana yang digariskan oleh sistem faraid. [...]

Urus harta pusaka, usah beban waris

"BIARLAH dulu, tanah kubur masih merah. Tak perlu berebut harta pusaka...” Itu mungkin kata-kata yang biasa didengar setelah berlaku kematian. Seolah-olah yang bertanya tidak sabar untuk mendapatkan harta si mati. Namun jika difahami yang tersirat, ia bertujuan menyelesaikan hak si mati seperti hutang dan berkaitan hak waris yang terlibat. Berbaki RM60 bilion jumlah harta yang [...]

Mengurus harta dengan hikmah

LAZIMNYA apabila pasangan Islam itu mendirikan rumah tangga sudah pastilah harapan tinggi menggunung ‘masjid’ dibina ini akan kekal hingga ke syurga. Begitu juga ucapan dan doa sahabat handai rakan taulan dan saudara mara yang mahukan kebahagiaan dikecapi oleh pengantin baharu. Namun hakikatnya tidak semua pasangan itu bahagia, terdapat pelbagai liku dalam melayari bah-tera perkahwinan. Tidak kurang [...]

Simpanan RM480,000 jamin hidup selesa selama 20 tahun

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pusat kecemerlangan akademik, Putra Business School menganggarkan bahawa golo­ngan pekerja kelas pertengahan di negara ini perlu mempunyai wang simpanan persaraan sekurang-kurang­nya RM400,000 hing­ga RM480,000 untuk menampung kehidupan selesa selama 20 tahun. Pakar ekonomi­nya, Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, wang persaraan dalam jumlah itu dapat menampung kehidupan pesara sehingga berumur [...]

Ambil tahu tentang sijil Takaful anda

SIJIL Takaful boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen perlindungan Takaful atau kontrak Takaful bagi Takaful Keluarga dan Takaful Am yang di dalamnya terkandung terma serta syarat yang dipersetujui antara peserta dengan pengendali Takaful. Di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sijil Takaful Keluarga dan kemalangan diri didefinisikan sebagai sijil Takaful yang manfaat Takafulnya akan dibayar sebagai [...]

AMBIL PAMPASAN SECUKUPNYA SUPAYA ANDA TIDAK MENYUSAHKAN WARIS

Rakyat Malaysia masih ketinggalan dari segi jumlah pampasan yang diambil untuk keluarga atau waris mereka. Sama ada tiada pampasan langsung atau jumlah tersebut terlalu rendah. Negara maju seperti Jepun sangat mementingkan insuran terutamanya pampasan untuk waris mereka. Purata rakyat Jepun yang mengambil insuran adalah setiap seorang melebihi dari satu polisi insuran. Mereka lebih mementingkan kebahagian [...]