fbpx

Nita Yusof

Category: Keratan Akhbar

Pelajar koma lebih sebulan perlu bantuan

GUA MUSANG - Keluarga seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 di sini yang koma lebih sebulan kerana kemalangan jalan raya, memerlukan bantuan untuk menampung keperluan pelajar itu. Norfarahani Ismail, 17, yang terlantar di rumahnya di Kampung Batu Papan di sini selepas terbabit kemalangan pada 28 Feb lepas, memerlukan perbelanjaan [...]

Ingat pesanan Allahyarham isteri

MELAKA - Suami kepada Allahyarham Mastura Abd Karim, 34, ejen insurans yang maut dalam kemalangan jalan raya pertengahan Disember lalu, akan menggunakan wang pampasan insurans isterinya itu untuk kegunaan anak-anak. Moed Salleh, 54, berkata, semasa hayat isterinya itu pernah berpesan supaya sekiranya berlaku apa-apa terhadap dirinya, gunakanlah wang berkenaan untuk tiga anaknya berusia 15, 11 [...]

MH370: RM16.8 juta insurans dibayar kepada waris

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM16.8 juta bagi tuntutan insurans hayat dibayar kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370. Dalam kenyataan hari ini, Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) berkata 185 polisi telah dikeluarkan oleh 14 buah syarikat insurans hayat di Malaysia yang telah diselesaikan dari Mac 2014 sehingga kini. "Syarikat insurans [...]

Bersesak dengan warga asing nak dapatkan rawatan

KLANG - Caj murah yang dikenakan hospital kerajaan menjadi antara faktor mendorong orang ramai serta warga asing mendapatkan rawatan. Tinjauan di Rawatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, mendapati bahagian itu sesak dengan orang ramai termasuk warga asing yang sedang menunggu giliran. Berdasarkan maklumat daripada kakitangan hospital yang hanya mahu dikenali sebagai Santiago, hampir [...]

‘Kami sudah habis wang’

Jempol: Sepasang suami isteri mengharapkan bantuan orang ramai bagi menampung perbelanjaan rawatan anak sulung mereka yang menghidap ketumbuhan tahap empat dan koma sejak 9 Mac lalu. Anak mereka, Muhammad Nur Iman Mohd Razi, 5, sudah dihantar menjalani rawatan susulan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu lalu selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital [...]

Anak obes terlampau

Gandhinagar, India: Seorang bapa di sini, merancang untuk menjual buah pinggangnya sendiri bagi menampung kos perubatan tiga anaknya yang menghadapi masalah obesiti melampau. Rameshbhai Nandwana, 34, berkata, dia terdesak untuk mendapatkan wang kerana bimbang anaknya itu mungkin mati jika tidak mendapat rawatan sepatutnya. Nandwana mempunyai dua anak perempuan, Yogita yang berusia lima tahun dan Anisha, [...]

Pesakit kanser tulang rayu bantuan

BATU PAHAT - Seorang bapa tunggal di sini, merayu bantuan untuk merawat penyakit kanser tulang dihadapinya. Adnan Ahmad berkata, dia memerlukan RM1,600 bagi menjalani rawatan hemodialisis bagi mencuci darah yang dikatakan menjadi punca penyakitnya. Menurutnya, selagi tidak menjalani rawatan itu, penyakit kanser tulang atau ‘gout tulang’ itu makin teruk dan boleh mengancam nyawa. Tambahnya lagi, [...]

Lumpuh gara-gara semut

TANJUNG TOKONG - Berpunca digigit seekor semut, seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh. Abdul Wahab Mydin berkata, sekelip mata dia memegang status orang kurang upaya (OKU). Menurutnya, pada tahun lalu, dia digigit semut yang lebih dikenali dengan nama semut selangor. “Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis. “Selepas [...]

Perlu RM60,000 segera

ALOR SETAR - Seorang bayi mengidap penyakit jantung berlubang berusia dua bulan memerlukan dana kewangan RM60,000 dalam tempoh tiga minggu. Ibunya, Shaliza Shaari, 39, berkata, dia dimaklumkan doktor pada 25 Februari lalu bahawa anak perempuannya, Nurul Farhana, boleh menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang. “Doktor berpesan bahawa mereka sudah boleh melakukan pembedahan untuk anak [...]