fbpx

Nita Yusof

Category: Keratan Akhbar

Bayi perlu dana lebih RM150,000

SUNGAI PETANI – Hati ibu mana tidak tersentuh melihatkan bayi berusia 13 bulan terpaksa bertarung nyawa berhadapan komplikasi serius sejak lahir selain menempuh pelbagai jenis pembedahan. Norhidayati Md Noor, 32, berkata, anak bongsu dari enam beradik, Nuralia Adriana Mohd Tarmizi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang masa akibat masalah paru-paru dan jantung. Namun, si kecil [...]

Boleh dianggap pelaburan

Kuala Lumpur: Mengambil insurans atau takaful bagi perlindungan kediaman tidak boleh lagi dilihat sebagai sesuatu yang membebankan memandangkan risiko kerugian serius mungkin ditanggung sekiranya pemilik tidak mengambil polisi untuk kediaman mereka. Perunding Kewangan Islam di Al-Falah Advisor Ahmad Humaizi Mat Noor berkata, masyarakat perlu mula menanam kepercayaan bahawa perlindungan insurans atau takaful adalah satu bentuk [...]

Malaysia diancam denggi baharu

PUTRAJAYA – Malaysia kini menghadapi ancaman wabak denggi jenis baharu yang lebih berbahaya apabila ia mampu merosakkan otak dan hati pesakit sekali gus mengakibatkan banyak kematian dalam masa singkat. Virus denggi akibat gigitan nyamuk aedes mengakibatkan berlakunya bengkak pada otak atau tisu lapisan luar otak. Pesakit akan mengalami penat, koma, sakit kepala dan lumpuh. Menteri [...]

Masalah hutang perubatan tinggi rakyat Malaysia

Baru-baru ini didedahkan bahawa terdapat 36 000 rakyat negara ini yang menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit(AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. Rata-rata mereka ini berumur di antara 20an dan 50an dan mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang tersebut. Menurut AKPK, angka tersebut merupakan [...]

Balu terima bayaran insurans RM102,500

MERLIMAU -  Balu kepada seorang nelayan di sini yang meninggal dunia 30 Oktober lalu, menerima bayaran insurans sebanyak RM102,500. Nuli Sawi, 48, berkata, sejak ketiadaan suaminya, dia bukan sahaja hilang tempat bergantung malah sedih memikirkan nasib anak-anak. Menurutnya, dia tidak bekerja dan perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah. "Bantuan ini bertepatan dengan keperluan dan [...]

Tidak mampu bayar bil hospital

PASIR PUTEH - Seorang ibu tunggal lega apabila masalah untuk membayar kos rawatan anaknya yang sakit mendapat perhatian Pemuda Umno Pasir Puteh. Siti Maisarah Umairah Abdul Rahim yang berusia setahun tujuh bulan menghidap masalah cairan dalam kepala. Ibunya, Rozila Mohammad, 20, berkata, darah beku menyebabkan kepala anaknya membesar selepas dilahirkan. Katanya, kesempitan hidup,  ditambah pula [...]

Pelajar perlu RM11,000 kos bedah

KUALA PILAH – Bapa kepada seorang pelajar yang mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang terharu apabila menerima sumbangan sebanyak RM1,000 oleh Kelab Lion Kuala Pilah bagi meringankan penderitaan anaknya itu. Muhammad Zikri Zakaria, 15, yang cedera selepas terjatuh di sebuah sekolah berasrama di Rembau perlu menjalani pembedahan segera bernilai RM11,000. Kecederaan pada saraf tunjang [...]

Saya perlukan kos rawatan mata

JITRA - Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan kehidupan perit yang kini ditanggung oleh seorang bekas kerani akaun. Zuraidah Zabidi, 50, yang juga seorang ibu tunggal kini menderita akibat penyakit diabetes yang dialami sejak 15 tahun lalu. Susulan penyakit itu, dia kini tidak berkemampuan untuk bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan mata yang [...]

Anak terpaksa pinjam ah long

JITRA - Biarpun menyedari risiko bakal dihadapi, seorang lelaki terpaksa meminjam wang daripada ah long untuk membiayai kos peruba-tan bapanya yang kini sedang kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Logasilan Permal, 28, berkata, dia terpaksa membuat pinjaman tersebut bagi membolehkannya melangsaikan perbelanjaan kos rawatan bapanya, Permal Sengalrayan, 61, yang terlantar di hospital sejak tiga minggu [...]

Budak perempuan 6 tahun hidap kanser payudara

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Pantai Cahaya Bulan (PCB) dikesan mengidap kanser payudara. Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, penemuan tersebut dianggap bukan sahaja paling muda di negara ini, malahan berdasarkan kajian, termuda di dunia. [...]