fbpx

Nita Yusof

Category: Keratan Akhbar

Bilik rawatan ‘syurga’ kedua

Klang: “Bilik rawatan hemodialisis ini ibarat rumah kedua dan saya mengenali semua staf hospital serta pesakit lain yang turut menjalani rawatan di sini. “Walaupun menghidap penyakit buah pinggang, saya cergas melakukan aktiviti harian,” kata Sufatan Khairani, 53, seorang penghidap penyakit buah pinggang sejak 11 tahun lalu. Sufatan yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah [...]

Caj perundingan doktor naik 14.4%

PUTRAJAYA 5 Mac - Penentuan harga maksimum untuk perkhidmatan konsultasi profesional di hospital swasta dilakukan selepas mengambil kira Indeks Harga Pengguna (IHP) untuk tempoh 2002 hingga 2010. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ketika menetapkan harga maksimum tersebut, kerajaan telah memutuskan kenaikan caj profesional hospital swasta pada purata 14.4 peratus berbanding 30 peratus [...]

Jual kad sim demi Shaqira

BATANG KALI - Seorang bapa terpaksa menjual kad sim dan tambah nilai demi mendapatkan wang tambahan untuk menampung kos rawatan pembedahan mata anak tunggalnya di sebuah hospital di New Delhi, India. Abdul Razak Abdul Rahim, 33, berkata, sejak Julai tahun lalu, dia bertungkus lumus mencari duit setelah anaknya, Shaqira Insyirah, 7, disahkan buta selepas melakukan [...]

Dua beradik hidap kanser ovari

KUANTAN - Dua beradik, Janice Loy Shueyt Yee, 17, dan Carmen Loy Shueyt Yee, 13, pada mulanya resah apabila dalam tempoh singkat perut mereka tiba-tiba membesar bagaikan perempuan sedang sarat mengandung. Kejadian aneh itu dialami serentak dua beradik itu dan pada masa sama perut mereka mulai mengeras tetapi tiada kesakitan dirasai. Bagaimanapun, kata ibu mereka, [...]

2,000 kes baharu kanser dicatat

PARIT BUNTAR - Perak mencatatkan penambahan 2,000 kes baharu pesakit pelbagai jenis kanser setiap tahun berdasarkan statistik kajian Jabatan Kesihatan Negeri Perak dari 2007 hingga 2013. Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak (Unit Penyakit Tidak Berjangkit), Dr Asmah Zainal Abidin berkata, merujuk statistik sama, pihaknya mendaftarkan hampir 10,000 kes kanser di mana sebanyak 55 [...]

14 juta rakyat tiada polisi insurans nyawa

Kuala Lumpur: Kira-kira 14 juta atau 44 peratus rakyat negara ini masih tidak memiliki polisi insurans bagi melindungi nyawa dan keluarga mereka. Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selepas mereka menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan sejak tahun lalu. Presiden LIAM, Vincent Kwo, berkata kajian itu menunjukkan hanya [...]

Bila pesakit tidak dilindungi insurans

POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok. Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang. “Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh [...]

Persediaan kewangan hadapi sakit kritikal

STATISTIK Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya - 4.52 kes baru setiap jam! Bagi penyakit barah pula, maklumat Kanser [...]