fbpx

Nita Yusof

Category: Soal jawab agama

Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni..

Kebiasaanya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid. Jika suami sudah tiada mak ayah, dan tiada anak lelaki, maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami. Jika rumah berharga RM300,000 (Harga mesti mengikut harga pasaran) Bagaimana perbahagian dibuat? 1/4 milik isteri Selebihnya adalah milik adik beradik si [...]

Mengurus harta dengan hikmah

LAZIMNYA apabila pasangan Islam itu mendirikan rumah tangga sudah pastilah harapan tinggi menggunung ‘masjid’ dibina ini akan kekal hingga ke syurga. Begitu juga ucapan dan doa sahabat handai rakan taulan dan saudara mara yang mahukan kebahagiaan dikecapi oleh pengantin baharu. Namun hakikatnya tidak semua pasangan itu bahagia, terdapat pelbagai liku dalam melayari bah-tera perkahwinan. Tidak kurang [...]

Takaful jutawan sedekah

Apa itu sedekah? Sedekah merupakan amalan yang mempunyai kedudukan sangat tinggi di sisi agama Islam dan menjadi pemangkin kepada wujudnya masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Sedekah dapat menjadikan seseorang hamba itu lebih bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan ALLAH SWT terhadapnya. Secara ringkasnya, sedekah boleh difahami sebagai memberi sesuatu atau barang kepada orang yang memerlukan [...]

Kontrak tabarru’, ta’awun dalam takaful

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia pada mesyuaratnya baru-baru ini membincangkan pelaksanaan kontrak tabarru' (pemberian secara sukarela) dalam takaful. Majlis itu berkata, konsep asas/prinsip skim takaful ialah tabarru` dan ta`awun (bantuan bersama) sesama peserta takaful. "Tabarru` dalam takaful dilaksanakan melalui sumbangan peserta kepada dana tabarru` yang diuruskan oleh (dan [...]

Konsep tabarru’ dalam Takaful

SESUNGGUHNYA Islam adalah agama yang sangat sempurna. Segala sistem dan peraturannya adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan hidup manusia. Peraturan-peraturan Islam selari dengan fitrah kejadian manusia. Secara fitrahnya manusia sangat sukakan harta, maka Islam telah meletakkan panduan yang jelas kepada manusia dalam hal-hal berkaitan harta agar harta tersebut memberikan kebaikan kepadanya. Dalam Islam, manusia tidak memiliki [...]

Takaful beri perlindungan, pelaburan Islamik

Tujuan asas takaful adalah untuk memberi perlindungan kepada pemilik sijilnya sekiranya berlaku musibah seperti kematian dan hilang upaya. Ramai di antara kita tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi musibah dan tidak menganggap perlindungan takaful sebagai satu bentuk simpanan, sebaliknya menganggap caruman takaful adalah perbelanjaan yang tidak perlu. Perlindungan Takaful sentiasa dianggap tidak perlu di dalam perancangan [...]

Kelebihan perlindungan Takaful

Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan. Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen penubuhan Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi kewangan yang layak seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah [...]

Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 2

Ambil takaful ikut kepada keperluan bukan ikut nafsu, keperluan yang dimaksudkan di sini ialah ikut komitmen dan kemampuan kita yang sebenarnya. Orang yang hendak ambil takaful sendiri yang tetapkan berapa sumbangan yang hendak diberikan pada setiap bulan. Kalau ia mampu RM 50.00 maka polisi pun dengan harga RM 50.00. Salah dalam hal ini kalau agen [...]

Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 1

Kebanyakkan manusia di luar sana tidak faham apa yang dikatakan takaful, ada sebahagian mereka beranggapan bahawa takaful ini sama dengan insuran konvensional dan hanya perlindungan semata-mata. Ada pula orang yang jahil tentang takaful memberi hujah dan menyamakan takaful dengan insuran dan ia menjadi haram kerana ia terlibat dengan riba, perjudian dan sebagainya. Banyak lagi andaian [...]

Wajib bukan pilihan

Ketika berhijrah ke Madinah, seorang sahabat Nabi bernama Sayyidina Abdul Rahman Al-Awf berhijrah sehelai sepinggang. Beliau ditawarkan saudaranya dari pihak Ansar iaitu Sa’d ar-Rabi’, separuh daripada harta namun ditolak dengan baik dan cuma diminta ditunjukkan lokasi pasar di Madinah. Ramai dari kita sedia maklum mengenai kehebatan Sayyidina Abdul Rahman al-Awf dalam perniagaan. Dalam Rukun Islam [...]