
Pelan takaful yang berbeza. Satu pelan untuk seisi keluarga!
Kehidupan kini berubah dengan pantas
Hari ini, kita tidak lagi membuat bayaran dengan wang tunai, menaiki kenderaan dengan orang yang tidak dikenali bukanlah sesuatu yang pelik dan kita lebih banyak meluangkan masa dengan telefon mudah alih daripada berinteraksi sesama sendiri.
Tetapi perubahan bukanlah sesuatu yang asing bagi anda. Sedar tak sedar, keluarga anda semakin berkembang. Semalam anda berdua, kini berempat.
Seiring dengan perjalanan hidup keluarga anda, kami faham keutamaan anda adalah untuk menjaga dan melindungi mereka.
Hal ini boleh memberi tekanan, jika anda bergantung kepada pelan takaful yang tidak mampu mengikuti perubahan hidup anda.
Kerana itu kami mencipta FWD Family First.
Pelan takaful pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga.
Kini, anda tidak perlu lagi membayar dan mengurus pelan bagi setiap individu untuk setiap ahli keluarga.
Ia eksibel seiring dengan perubahan dalam keluarga anda dan boleh disesuaikan untuk memastikan setiap ahli keluarga sentiasa dilindungi.


Dapatkan maklumat lanjut dan tawaran istimewa.
Penyakit Kritikal
Anda tidak pasti tentang perlindungan Penyakit Kritikal (CI)?
Berikut soalan-soalan lazim untuk pemahaman anda.

Apakah itu CI dan mengapa saya perlukannya?
Sekiranya anda diserang penyakit atau mengalami kecederaan yang serius, anda mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos perubatan dan juga hilang pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti. Perlindungan CI membantu anda dengan menyediakan bayaran sekali gus sekiranya anda dilindungi daripada kemalangan atau penyakit yang serius, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan.

Berapakah jumlah dilindungi yang saya perlukan?
Ia bergantung kepada:
- Jumlah yang anda perlukan untuk menampung keluarga sekiranya anda hilang pendapatan
- Saiz pinjaman anda dan lain-lain
- Liabiliti kewangan anda
- Jumlah yang anda ingin sumbangkan secara berkala

Adakah Pelan CI juga melindungi sebarang ketidakupayaan yang serius?
Ya, terdapat beberapa ketidakupayaan yang dilindungi, seperti kebutaan, menjadi bisu, pekak dan kehilangan upaya untuk berdikari.

Apakah perbezaan di antara perlindungan CI dan perlindungan Perubatan?
Perlindungan perubatan akan membayar kos perubatan langsung anda, tetapi mungkin terdapat had bagi jumlah yang dibayar, serta tiada jaminan untuk pembaharuan pelan anda bagi tahun berikutnya. Jikalau ada pun, anda perlu membayar sumbangan yang lebih tinggi. Kesannya, anda mungkin menanggung perbelanjaan yang tidak dijangka terutamanya untuk rawatan perubatan jangka panjang yang diperlukan.
Sebaliknya, perlindungan CI memberikan anda dana tambahan secara sekali gus, supaya anda boleh menangani kos yang tidak dijangka mengikut keperluan anda, seperti:
Bagaimana pelan ini berfungsi
FWD Family First adalah pelan takaful sumbangan berkala yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga. Perlindungan untuk pelan ini boleh disesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam keluarga anda dari semasa ke semasa. Berikut adalah ilustrasi yang menghuraikan bagaimana pelan ini berfungsi:
Manfaat anda secara ringkas

Jumlah maksimum tuntutan yang boleh dibuat
FWD Family First melindungi beberapa keadaan penyakit kritikal utama dan ringan untuk keluarga dan menyediakan manfaat kematian terutama untuk ibu bapa. Manfaat dibayar melalui Dana Risiko Peserta (DRP) tertakluk kepada jumlah baki had lindungan keluarga. Di samping itu, sumbangan masa hadapan akan dikecualikan sekiranya salah seorang ibu bapa meninggal dunia.
Nota: Kami membayar RM25,000 atau 10% daripada jumlah dilindungi (yang mana lebih rendah) untuk angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari.
Apa dan siapa yang dilindungi di bawah manfaat kematian
Situasi di mana sumbangan masa hadapan dikecualikan
Adakah pelan ini sesuai untuk anda
Jika anda menjawab ya kepada sekurang-kurangnya dua daripada senario yang dinyatakan di bawah, maka pelan ini sesuai untuk anda.
Maklumat penting
Keadaan Penyakit Kritikal Utama di bawah Pelan ini
Keadaan Penyakit Kritikal Ringan di bawah Pelan ini
Bila kami tidak akan membayar sebarang manfaat
Di FWD, kami tidak percaya dengan senarai klausa yang panjang lagi tersembunyi yang menghalang kami daripada membayar manfaat kepada anda sekiranya berlaku penyakit kritikal. Jadi kami telah meringkaskan senarai pengecualian kami kepada hanya 3 kriteria:
Bunuh diri atau kecederaan yang disengajakan ke atas diri sendiri | Kami tidak akan membayar sebarang manfaat di bawah sijil ini jika tuntutan yang dibuat berlaku akibat daripada bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan yang disengajakan ke atas diri sendiri oleh orang dilindungi dalam tempoh satu tahun dari; - permulaan sijil anda, atau tarikh kali terakhir kami menghidupkan semula sijil anda; atau - tarikh kali terakhir kami meluluskan peningkatan manfaat kematian di bawah sijil anda. Pengecualian ini terpakai tanpa mengambil kira keadaan mental orang dilindungi. |
Tindakan menyalahi undang-undang | Kami tidak akan membayar sebarang manfaat di bawah sijil ini jika tuntutan dibuat kerana anda atau orang dilindungi dengan sengaja terlibat dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang, atau kegagalan untuk bertindak yang menyalahi undang-undang. |
Perang | Kami tidak akan membayar sebarang manfaat di bawah sijil ini jika tuntutan itu adalah akibat tindakan peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), rampasan kuasa, revolusi, rusuhan atau apa-apa kejadian yang serupa. |
Bagaimana kami memastikan pelan ini patuh syariah
1. Kami menguruskan sumbangan anda dan operasi takaful kami berdasarkan kontrak Syariah wakalah, dan dipantau oleh jawatankuasa Syariah kami.
Takaful adalah satu skim saling bantu membantu berdasarkan semangat persaudaraan dan solidariti di mana anda dan peserta lain bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dari segi kewangan jika salah seorang daripada anda mengalami kehilangan tertentu.
2. Sumbangan yang anda bayar untuk perlindungan di bawah sijil anda adalah tertakluk kepada yuran wakalah.
Wakalah adalah perlantikan oleh satu pihak kepada yang lain untuk bertindak bagi pihaknya.
3. Kami membayar sumbangan anda, ditolak yuran wakalah, ke dalam dana risiko peserta (PRF) kami sebagai tabarru’. Dana di dalam PRF akan digunakan untuk membayar manfaat kepada pihak yang berhak mendapat manfaat berdasarkan:
- perpaduan persaudaraan dan tolong-menolong di kalangan peserta; dan
- tertakluk kepada semua terma dan syarat dalam sijil ini.
Tabarru’ adalah derma untuk tujuan takaful.
Jika nilai PRF tidak mencukupi untuk membayar tuntutan, maka kami akan membayar Qard yang merupakan pinjaman tanpa faedah kepada PRF. Sekiranya PRF menunjukkan prestasi yang baik, kami akan menerima ganjaran 50% daripada lebihan sebagai Ju’alah dan baki 50% akan diagihkan kepada peserta.
Jika anda berubah fikiran
Jika anda tidak berpuas hati dengan sijil anda, dan anda belum membuat tuntutan di bawahnya, anda mempunyai 15 hari dari tarikh penerimaan sijil anda untuk membatalkannya dan menerima kembali sumbangan anda, ditolak perbelanjaan perubatan (jika ada).
Kelayakan untuk penyertaan begitu mudah
Semua keluarga yang mempunyai anak atau tidak.
tamat |
||
Nota: Umur merujuk umur hari lahir seterusnya.
Berapakah jumlah sumbangan anda
Sumbangan anda bergantung kepada kriteria berikut:
Sebagai petunjuk pasangan tidak merokok berusia 24 tahun akan menyumbang RM147 setiap bulan untuk jumlah dilindungi RM100,000 untuk 50 tahun.
Berapakah caj wakalah
*Caj ini adalah berdasarkan sijil dengan tempoh 20 tahun dan lebih. Untuk sijil jangka pendek caj yang lebih rendah akan dikenakan.
Nota Penting
- Risalah ini tidak membentuk kontrak antara anda dan FWD Takaful Berhad. Terma dan syarat lengkap dinyatakan dalam dokumen sijil.
- Anda layak mendapat pelepasan cukai individu apabila anda menyertai pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
- Jika anda menghentikan bayaran sumbangan anda, sijil anda akan luput selepas tempoh tangguh 60 hari.
- Di bawah pelan ini, tiada manfaat akan dibayar selepas penamatan atau pada tarikh matang, jadi anda perlu memastikan anda berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
- Sijil FWD Family First bukanlah produk simpanan atau pelaburan. Anda tidak akan menerima apa-apa wang dari sijil ini selain dari manfaat penyakit kritikal dan kematian.
- Untuk maklumat lanjut mengenai yuran, caj dan butiran produk lain, sila rujuk kepada Risalah Pemberitahuan Produk dan Ilustrasi Manfaat yang dikeluarkan oleh ejen kami.