Berapa lama anda tidak berkomunikasi dengan keluarga...

Paling lama sehari?

Kami tahu bahawa anda mahu keluarga anda bukan sahaja mampu berdikari, tetapi dapat meneruskan kehidupan mereka sekiranya anda meninggal dunia.

FWD Future First adalah pelan Takaful pertama di Malaysia yang direka untuk memastikan orang tersayang dapat kembali berdikari dari segi emosi dan kewangan.

Di samping menyediakan bayaran sekali gus sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya, pelan ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan. Ini termasuk sesi dengan kaunselor kesedihan yang berkelayakan dan nasihat undang-undang daripada pakar bebas.

Kita tidak mampu menentukan bila kita akan meninggal dunia, tetapi kita boleh berusaha untuk mengawal impaknya kepada mereka yang paling terkesan – orang tersayang.

Dapatkan maklumat lanjut dan tawaran istimewa.

Perlindungan dan Manfaat

Perlindungan untuk penyakit terminal, hilang upaya dan kematian

Manfaat
Kematian

Jika anda meninggal dunia, jumlah dilindungi akan dibayar sepenuhnya kepada penama anda.

Manfaat Hilang Upaya Penuh
dan Kekal (HUPK)*

Jika anda mengalami HUPK, jumlah dilindungi akan dibayar secara penuh dan boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan jangka panjang dan lain-lain. *perlindungan sehingga umur 75

Manfaat Penyakit
Terminal (PT)

Jika anda didiagnosis menghidap penyakit terminal, jumlah dilindungi akan dibayar secara penuh dan boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan hospis anda.

+

Manfaat Takaful Pasangan

Apa yang ditawarkan di bawah manfaat ini?

Kami memahami bahawa, jika anda meninggal dunia keluarga anda akan memerlukan masa untuk meneruskan hidup tanpa anda. Oleh itu untuk melindungi mereka semasa fasa ini kami akan menawarkan manfaat yang boleh dinikmati tanpa perlu bersusah-payah dan sumbangan akan dikecualikan untuk 2 tahun pertama.

Pasangan kepada orang dilindungi boleh memohon sijil takaful yang baru tanpa sebarang pengunderaitan dengan jumlah dilindungi sebanyak RM100, 000 untuk tempoh 2 tahun.

Manfaat anda dibayar melalui Dana Risiko Peserta (PRF)

Apakah itu penyakit Terminal?

  • Berdasarkan prognosis penyakit oleh doktor, jangka hayat dijangka adalah 1 tahun atau kurang.
  • Biasanya tiada bukti bahawa rawatan lanjut dapat menyelamatkan nyawa.

Bagaimana penjagaan hospis membantu pesakit Terminal?

  • Ia menawarkan penjagaan zikal dan psikologi untuk memberikan kelegaan daripada kesakitan dan lain-lain gejala tekanan.
  • Ia menawarkan sistem sokongan kepada pesakit untuk menjalani kehidupan seaktif yang mungkin sehingga mereka meninggal dunia.
  • Ia membantu keluarga menghadapi situasi ini dan memberi kesan yang positif.

Kehidupan yang keluarga anda akan tempuhi dan sokongan yang akan kami berikan.

Di FWD, kami memahami apa yang berlaku kepada keluarga, apabila pasangan atau ibubapa meninggal dunia atau hilang upaya secara menyeluruh. Mereka hilang arah dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan, ini akan menjejaskan perancangan masa depan mereka.

FWD Future First menyediakan bantuan kewangan serta sokongan emosi dan praktikal, untuk memastikan keluarga anda mampu kembali berdikari.

Manfaat Pengurusan Pengebumian

Kami akan membayar pendahuluan sebanyak 10% daripada manfaat kematian untuk menampung perbelanjaan pengebumian dan perubatan orang dilindungi sebaik sahaja kami menerima sijil kematian.

Kaunseling Kesedihan

Kami akan membayar sehingga 10 sesi kaunseling dengan kaunselor kesedihan daripada panel kami; sehingga jumlah yang dikenakan mencapai RM2,000.

Nasihat Undang-undang

Kami akan membayar sehingga 3 sesi nasihat undang-undang dengan penasihat undang-undang daripada panel kami; sehingga jumlah yang dikenakan mencapai RM2,000.

Badal Haji*

Kami akan menyediakan sokongan Badal Haji untuk pelanggan Islam di mana kami akan mengurus dan membayar untuk Badal Haji daripada panel penyedia perkhidmatan kami.

Siapa yang layak:

  • Orang dilindungi yang tidak pernah mengerjakan ibadah Haji semasa hayat mereka, dan menerima manfaat HUPK atau penyakit terminal: atau
  • Selepas kematian, jika orang dilindungi tidak dapat menunaikan ibadah Haji sebelum kematian mereka.

Adakah Future First Takaful sesuai untuk anda

Lihatlah adakah anda menjawab ya kepada 2 atau lebih bagi senario yang dinyatakan di bawah.

Maklumat penting

Ada situasinya kami tidak membayar sebarang manfaat

Di FWD, kami tidak percaya dengan senarai klausa yang panjang lagi tersembunyi yang menghalang kami daripada membayar manfaat kepada anda sekiranya berlaku tuntutan. Jadi kami telah meringkaskan senarai pengecualian kami kepada hanya 3 kriteria:

Membunuh diri atau mencederakan diri dengan sengaja

Kami tidak akan membayar sebarang manfaat di bawah sijil ini jika tuntutan timbul:

  • daripada perbuatan membunuh diri, percubaan bunuh diri atau perbuatan yang disengajakan oleh orang dilindungi; dan
  • dalam masa satu tahun permulaan sijil anda, atau tarikh kami menghidupkan semula sijil anda.

Ini terpakai tanpa mengira keadaan mental orang dilindungi. Jika ini berlaku, sijil akan dibatalkan.

Tindakan menyalahi undang-undang

Kami tidak akan membayar sebarang manfaat di bawah sijil ini jika tuntutan timbul kerana anda atau orang dilindungi dengan sengaja mengambil bahagian dalam satu tindakan menyalahi undang-undang, atau kegagalan mematuhi undang-undang.

Perang

Kami tidak akan membayar sebarang manfaat di bawah sijil ini jika tuntutan itu adalah akibat tindakan peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), rampasan kuasa, revolusi, rusuhan atau apa-apa kejadian yang serupa.

Kami memastikan bahawa Pelan anda adalah patuh Syariah

1. Kami menguruskan sumbangan anda dan operasi takaful kami berdasarkan kontrak Syariah wakalah, dan dipantau oleh jawatankuasa Syariah kami.

 

Takaful adalah satu skim saling bantu membantu berdasarkan semangat persaudaraan dan solidariti di mana anda dan peserta lain bersetuju untuk membantu sama lain dari segi kewangan jika salah seorang daripada anda mengalami kerugian tertentu.

2. Sumbangan yang anda bayar untuk perlindungan di bawah sijil anda adalah tertakluk kepada yuran wakalah.

 

Wakalah adalah perlantikan oleh satu pihak kepada yang lain untuk bertindak bagi pihaknya.

 

3. Kami membayar sumbangan anda, ditolak yuran wakalah, ke dalam PRF kami sebagai tabarru’. Dana di dalam PRF akan digunakan untuk membayar manfaat kepada pihak menuntut yang berhak mendapat manfaat berdasarkan:

  •  perpaduan persaudaraan dan tolong-menolong di kalangan peserta; dan
  • tertakluk kepada semua terma dan syarat dalam sijil ini.

Tabarru’ adalah derma bagi tujuan takaful.

 

Jika nilai PRF tidak mencukupi untuk membayar tuntutan, maka kami akan membayar Qard yang merupakan pinjaman tanpa faedah kepada PRF. Sekiranya PRF menunjukkan prestasi yang baik, kami akan menerima ganjaran 50% daripada lebihan sebagai Ju’alah dan baki 50% akan diagihkan kepada peserta.

Jika anda berubah fikiran

Jika anda tidak berpuas hati dengan sijil anda, dan anda belum membuat tuntutan di bawahnya, anda mempunyai 15 hari dari tarikh penerimaan sijil anda untuk membatalkannya dan menerima kembali sumbangan anda, ditolak perbelanjaan perubatan (jika ada).

Kelayakan untuk penyertaan begitu mudah

Orang
utama

Umur yang melayakkan anda memohon untuk perlindungan

Umur tamat
perlindungan

Pemilik
sijil

Haruslah berumur antara 17 hingga 60 tahun

Pada umur
75 tahun.

Orang

dilindungi

Haruslah berumur 1 bulan hingga 60 tahun.

Pada umur
80 tahun.

Nota: Umur merujuk umur hari lahir seterusnya.

Berapakah jumlah sumbangan anda

Sumbangan anda bergantung kepada kriteria berikut:

Umur


Status kesihatan

Status perokok


Pekerjaan

Jantina


Jumlah perlindungan

Tempoh perlindungan


Kekerapan bayaran

Sebagai petunjuk seorang lelaki tidak merokok berusia 25 tahun akan menyumbang RM153 setiap bulan untuk jumlah perlindungan RM500,000 selama 55 tahun.

Berapakah yuran wakalah

Tahun sijil12-345-10+10
*Wakalah %70%55%40%25%10%

*Caj ini adalah berdasarkan sijil dengan tempoh 20 tahun dan lebih. Untuk sijil jangka pendek caj yang lebih rendah akan dikenakan.

Nota Penting

  • Risalah ini tidak membentuk kontrak antara anda dan FWD Takaful Berhad. Terma dan syarat lengkap dinyatakan dalam dokumen sijil.
  • Anda layak mendapat pelepasan cukai individu apabila anda menyertai pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
  • Jika anda menghentikan bayaran sumbangan anda, sijil anda akan luput selepas tempoh tangguh 60 hari.
  • Di bawah pelan ini, tiada manfaat akan dibayar selepas penamatan atau pada tarikh matang, jadi anda perlu memastikan anda berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
  • Sijil FWD Future First bukanlah produk simpanan atau pelaburan. Anda tidak akan menerima apa-apa wang dari sijil ini selain daripada manfaat kematian, manfaat penyakit terminal dan TPD.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai yuran, caj dan butiran produk lain, sila rujuk kepada Risalah Pemberitahuan Produk dan Ilustrasi Manfaat yang dikeluarkan oleh ejen kami.