fbpx

Nita Yusof

Tag Archives: ini

Pelajar koma lebih sebulan perlu bantuan

GUA MUSANG - Keluarga seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 di sini yang koma lebih sebulan kerana kemalangan jalan raya, memerlukan bantuan untuk menampung keperluan pelajar itu. Norfarahani Ismail, 17, yang terlantar di rumahnya di Kampung Batu Papan di sini selepas terbabit kemalangan pada 28 Feb lepas, memerlukan perbelanjaan [...]

Ramai menderita selepas bersara!

SELEPAS bersara, bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan ‘gaji’ bulanan sebanyak RM208 bagi menanggung kehidupan seharian selama 20 tahun atau 240 bulan termasuk terpaksa melunaskan hutang pinjaman kereta, perumahan, pinjaman peribadi, keperluan diri sendiri dan keluarga. Lebih teruk lagi sekiranya masih terpaksa menanggung anak-anak yang sedang belajar, melunaskan saki-baki hutang perkahwinan hebat ‘wedding of the [...]

Ramai tak tahu kena HCV

Dianggarkan 160 juta orang dijangkiti Hepatitis C (HCV) di seluruh dunia, dengan 350,000 daripada mereka meninggal dunia setiap tahun. Dua punca utama HCV disebabkan amalan minum alkohol secara berlebihan, dan dijangkiti daripada proses pemindahan darah atau organ, khususnya sebelum 1992. Keadaan itu berlaku apabila darah daripada penderma tidak disaring daripada jangkitan seperti hepatitis C. Selain [...]

Alternatif lutut sendi besi

Assalamualaikum Prof Nizar, Saya sering mengikuti artikel Prof dalam akhbar Sinar Harian. Saya amat tertarik dengan pelbagai rawatan sakit kronik terkini yang mampu mengembalikan kehidupan kepada pesakit. Bagi saya ini satu rahmat besar kepada semua pesakit kronik yang lama menderita kerana kebanyakan rawatan moden dan alternatif sebelum ini kurang menyerlah keberkesanannya. Begini, bapa saya seorang [...]

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan anda berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu [...]

Pesakit kanser tulang rayu bantuan

BATU PAHAT - Seorang bapa tunggal di sini, merayu bantuan untuk merawat penyakit kanser tulang dihadapinya. Adnan Ahmad berkata, dia memerlukan RM1,600 bagi menjalani rawatan hemodialisis bagi mencuci darah yang dikatakan menjadi punca penyakitnya. Menurutnya, selagi tidak menjalani rawatan itu, penyakit kanser tulang atau ‘gout tulang’ itu makin teruk dan boleh mengancam nyawa. Tambahnya lagi, [...]

Malaysia diancam denggi baharu

PUTRAJAYA – Malaysia kini menghadapi ancaman wabak denggi jenis baharu yang lebih berbahaya apabila ia mampu merosakkan otak dan hati pesakit sekali gus mengakibatkan banyak kematian dalam masa singkat. Virus denggi akibat gigitan nyamuk aedes mengakibatkan berlakunya bengkak pada otak atau tisu lapisan luar otak. Pesakit akan mengalami penat, koma, sakit kepala dan lumpuh. Menteri [...]

Masalah hutang perubatan tinggi rakyat Malaysia

Baru-baru ini didedahkan bahawa terdapat 36 000 rakyat negara ini yang menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit(AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. Rata-rata mereka ini berumur di antara 20an dan 50an dan mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang tersebut. Menurut AKPK, angka tersebut merupakan [...]

Balu terima bayaran insurans RM102,500

MERLIMAU -  Balu kepada seorang nelayan di sini yang meninggal dunia 30 Oktober lalu, menerima bayaran insurans sebanyak RM102,500. Nuli Sawi, 48, berkata, sejak ketiadaan suaminya, dia bukan sahaja hilang tempat bergantung malah sedih memikirkan nasib anak-anak. Menurutnya, dia tidak bekerja dan perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah. "Bantuan ini bertepatan dengan keperluan dan [...]

Tidak mampu bayar bil hospital

PASIR PUTEH - Seorang ibu tunggal lega apabila masalah untuk membayar kos rawatan anaknya yang sakit mendapat perhatian Pemuda Umno Pasir Puteh. Siti Maisarah Umairah Abdul Rahim yang berusia setahun tujuh bulan menghidap masalah cairan dalam kepala. Ibunya, Rozila Mohammad, 20, berkata, darah beku menyebabkan kepala anaknya membesar selepas dilahirkan. Katanya, kesempitan hidup,  ditambah pula [...]